Labels

Monday, April 2, 2012

WINDOWS DAN MAC OS





Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007.

Mac OS, yang bererti Macintosh Operating System, atau Sistem Operasi Macintosh, adalah sistem operasi untuk komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem operasi pertama yang menggunakan antaramuka pengguna grafik (GUI). Pasukan Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld.


KEBUDAYAAN CHINA







PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu, ingin kami merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dalam memberikan galakan dan dorongan dalam membuat tugasan ini. Pengorbanan keluarga menjadi batu loncatan dan semangat kepada diri kami untuk mencapai kejayaan yang gilang-gemilang ketika berada di sini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu EN MOHD.HAFIDZ yang amat kami sanjungi. Segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami, akan kami manfaatkan dalam kehidupan seharian. Beliau sedia berjumpa pelajar dan menjawab segala kemusykilan yang diajukan kepadanya. Walaupun tajuk yang diberikan kepada kami agak mudah tetapi kami perlu merujuk kepada bahan-bahan lain dan membuat rujukan seperti buku,menuramah pelajar antarabangsa dan maklumat tambahan dari internet.

Ucapan terima kasih juga kami tujukan untuk rakan-rakan yang saling membantu di dalam menyudahkan tugasan yang telah diberikan ini. Serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak.

Sekian, terima kasih.





ISI KANDUNGAN

LATAR BELAKANG RESPONDEN
SEJARAH NEGARA CHINA
KEBUDAYAAN CHINA
EKONOMI
BAHASA
AGAMA
PERAYAAN
KESENIAN
GAYA HIDUP
PERKAHWINAN
RUMAH ORANG CHINA
PAKAIAN
MAKANAN RUJUKAN


LATAR BELAKANG RESPONDEN.

Saya telah mendapat satu tugasan dalam subjek komunikasi Antarabudaya yang bertajuk latar belakang sesebuah Negara. Saya telah memilih Negara China sebagai tajuk bagi tugasan saya itu. Bagi menyiapkan tugasan saya itu,saya telah menuramah pelajar dari Negara China.Ini bertujuan untuk menyiasat dan menyelidik latar belakang negara china itu.Pelajar yang telah saya temuduga itu bernama ZUANG MAN.Zuan man berasal dari utara Beijing china.

Zuan Man merupakan pelajar universiti utara Malaysia dan merupakan pelajar jurusan I.T .Zuan Man telah mengikuti semester empat pada tahun ini. Bagi melengkapkan tugasan saya itu,saya telah mengadakan sesi soal jawab antara Zuan Man.Zuan Man telah menceritakan pengalaman beliau semasa pertama kali menjejakkan kaki di Universiti Utara Malaysia ini.Semasa hari pertama berada di Universiti ini,pelbagai perasaan dan tanda tanya menyelubungi perasaan Zuan Man.

Zuan Man telah menceritakan pelbagai perasaan beliau semasa pertama kali beliau berada di universiti Utara Malaysia ini. Antaranya,beliau berasa tekanan kerana mengalami masalah komunikasi dengan orang awam serta pelajar-pelajar di Malaysia ini. Zuan Man hanya Cuma pandai berkomunikasi bahasa ibunda beliau sahaja iaitu bahasa china. Zuan Man hanya mengetahui beberapa perkataan sahaja bahasa inggeris dan beliau tidak la beberapa fasih sangat bahasa inggeris itu.Kebanyakkan pelajar-pelajar di universiti ini menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi mereka. Hanya sesetengah pelajar sahaja yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perbualan mereka.Ini menyukarkan Zuan Man.

Setelah Zuan Man mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar khasnya pelajar-pelajar UUM ini, Zuan Man telah mengikuti berbagai-bagai kursus bahasa yang dijalankan oleh pihak universiti. Dengan bantuan orang ramai serta beberapa pendekatan yang telah dijalankan oleh pihak universiti,sedikit sebanyak telah membantu Zuan Man mengatasi masalah komunikasi dengan orang ramai.

Sunday, October 4, 2009

TOPOLOGI POKOK DAN TOPOLOGI MESH





Topologi pokok: Topologi pokok atau topologi berheiraki mengandungi beberapa lapisan yang mana nod-nod di paras yang lebih rendah disambung kepada satu nod diparas sebelah atas . Dalam topologi ini , nod-nod boleh diberikan tugas-tugas khas . Nod-nod ini kemudiannya disambungkan ke heiraki rangkaian untuk melakukan tugas-tugas bersepadu . Topologi ini dijumpai dalam penyambungan sesama rangkaian-rangkaian bas . Kelemahan kos pendawaiannya tinggi , pengendalian data lebih kompleks dan masa yang diperlukan bagi menghantar data lebih lambat.



Topologi mesh: Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.