Labels

Monday, April 2, 2012

KEBUDAYAAN CHINA







PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu, ingin kami merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dalam memberikan galakan dan dorongan dalam membuat tugasan ini. Pengorbanan keluarga menjadi batu loncatan dan semangat kepada diri kami untuk mencapai kejayaan yang gilang-gemilang ketika berada di sini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu EN MOHD.HAFIDZ yang amat kami sanjungi. Segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami, akan kami manfaatkan dalam kehidupan seharian. Beliau sedia berjumpa pelajar dan menjawab segala kemusykilan yang diajukan kepadanya. Walaupun tajuk yang diberikan kepada kami agak mudah tetapi kami perlu merujuk kepada bahan-bahan lain dan membuat rujukan seperti buku,menuramah pelajar antarabangsa dan maklumat tambahan dari internet.

Ucapan terima kasih juga kami tujukan untuk rakan-rakan yang saling membantu di dalam menyudahkan tugasan yang telah diberikan ini. Serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak.

Sekian, terima kasih.





ISI KANDUNGAN

LATAR BELAKANG RESPONDEN
SEJARAH NEGARA CHINA
KEBUDAYAAN CHINA
EKONOMI
BAHASA
AGAMA
PERAYAAN
KESENIAN
GAYA HIDUP
PERKAHWINAN
RUMAH ORANG CHINA
PAKAIAN
MAKANAN RUJUKAN


LATAR BELAKANG RESPONDEN.

Saya telah mendapat satu tugasan dalam subjek komunikasi Antarabudaya yang bertajuk latar belakang sesebuah Negara. Saya telah memilih Negara China sebagai tajuk bagi tugasan saya itu. Bagi menyiapkan tugasan saya itu,saya telah menuramah pelajar dari Negara China.Ini bertujuan untuk menyiasat dan menyelidik latar belakang negara china itu.Pelajar yang telah saya temuduga itu bernama ZUANG MAN.Zuan man berasal dari utara Beijing china.

Zuan Man merupakan pelajar universiti utara Malaysia dan merupakan pelajar jurusan I.T .Zuan Man telah mengikuti semester empat pada tahun ini. Bagi melengkapkan tugasan saya itu,saya telah mengadakan sesi soal jawab antara Zuan Man.Zuan Man telah menceritakan pengalaman beliau semasa pertama kali menjejakkan kaki di Universiti Utara Malaysia ini.Semasa hari pertama berada di Universiti ini,pelbagai perasaan dan tanda tanya menyelubungi perasaan Zuan Man.

Zuan Man telah menceritakan pelbagai perasaan beliau semasa pertama kali beliau berada di universiti Utara Malaysia ini. Antaranya,beliau berasa tekanan kerana mengalami masalah komunikasi dengan orang awam serta pelajar-pelajar di Malaysia ini. Zuan Man hanya Cuma pandai berkomunikasi bahasa ibunda beliau sahaja iaitu bahasa china. Zuan Man hanya mengetahui beberapa perkataan sahaja bahasa inggeris dan beliau tidak la beberapa fasih sangat bahasa inggeris itu.Kebanyakkan pelajar-pelajar di universiti ini menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi mereka. Hanya sesetengah pelajar sahaja yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perbualan mereka.Ini menyukarkan Zuan Man.

Setelah Zuan Man mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar khasnya pelajar-pelajar UUM ini, Zuan Man telah mengikuti berbagai-bagai kursus bahasa yang dijalankan oleh pihak universiti. Dengan bantuan orang ramai serta beberapa pendekatan yang telah dijalankan oleh pihak universiti,sedikit sebanyak telah membantu Zuan Man mengatasi masalah komunikasi dengan orang ramai.





SEJARAH NEGARA CHINA
China merupakan salah satu tamadun tertua di dunia.Pada 1929, tengkorak pertama orang Peking yang berumur 690,000 tahun di jumpai di dalam gua batu kapur tidak jauh dari Beijing. Sejarah China tercatat dalam rekod-rekod sejarah tradisional yang wujud sejak dari zaman tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5,000 tahun dahulu, dan disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura menunjukkan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang yang wujud pada sekitar 1500 SM.

Peradaban Cina berasal daripada negara-negara kota di lembah Sungai kuning. Tahun 221 SM biasanya diterima sebagai tahun ketika China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau empayar. Dinasti-dinasti berturut-turut dalam sejarah China telah mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi untuk membolehkan maharaja China menguasai wilayah yang besar. China bersatu buat pertama kali di bawah Qin Shihuang(221-206s.m) .Beliau habis menakluki negeri-negeri lain pada 221s.m. Antara perkara-perkara yang dilakukan oleh Qin Shihuang ialah untuk mebasmi sistem feudal iaitu untuk Membentuk kerajaan pusat dan mengadakan peperiksaan kerajaan bagi mencari ilmuwan terbaik sebagai kakitangan awam . Selain itu perkara-perkara yang dilakukan oleh Qin Shihuang juga ialah Membakukan bahasa tulisan ,mewujudkan sistem timbang tara dan ukuran dan satu bentuk mata wang serta Membakar hidup-hidup beratus-ratus ilmuwan yang berbeza pandangan dan lebih bijak.

Asas-asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh maharaja Dinasti Qin pada abad ke-3 SM serta perkembangan ideologi negara berdasarkan Konfusianisme pada abad ke-2 SM. China mengalami zaman-zaman yang berselang-seli antara perpaduan dan perpecahan, dengan kekadangnya penaklukan oleh orang-orang asing. Sebilangan penakluk diasimilasi ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari banyak bahagian di Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta sebuah kebudayaan Cina.


KEBUDAYAAN CHINA

Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah. Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan berbahasa Cina di luar Tanah Besar China.

Budaya tradisi China didatangkan daripada versi orthodoks Konfusianisme yang diajar di sekolah-sekolah dan merupakan sebahagian daripada kurrikulum perperiksaan awam selama beberapa ribu tahun lamanya. Akan tetapi keadaan tidak selalu begitu kerana pada masa dinasti Qing umpamanya empayar China terdiri daripada banyak pemikiran seperti legalisme, yang didalam banyak hal tidak serupa dengan Konfucius, dan hak-hak mengritik kerajaan yang zalim dan perasaan moral invididu dihalang oleh pemikir 'orthodoks'. Sekarang wujudnya neo-Konfucianis yang berpendapat bahawa idea demokrasi dan hak asasi manusia sejajar dengan nilai-nilai tradisional Konfuciusme 'Asia'

KELOMPOK ETNIK

Di China wujudnya banyak kelompok etnik. Dari segi perangkaan pula, kelompok etnik yang terbesar ialah bangsa Han. Dalam sejarah, banyak kelompok telah berasimilasi dengan etnik lain atau lenyap tanpa meninggalkan kesan. Pada masa yang sama, ramai dalam identiti Han telah memelihara tradisi bahasa dan budaya setempat yang berbeza-beza. Istilah Zhonghua Minzu digunakan untuk menghuraikan anggapan nasionalisme China secara am. Kebanyakan identiti kebudayaan tradisional dalam lingkungan komuniti mesti berkaitan dengan membezakan nama keluarga.


EKONOMI

Pada tahun 1980-an, rakyat China digalakkan bertani dan menjual hasil pertanian di “pasaran bebas”.Antara aktiviti yang menyumbang ke arah ekonomi China adalah aktiviti pertanian seperti menanam gandum.sekoi,padi,jagung dan kacang soya.Selain itu, China juga turut terlibat dalam membuat barangan industri berat seperti kereta,trak,kapal terbang,keretapi dan kapal,serta keluaran siap seperti peralatan elektrik dan barangan pengguna yang lain.Di antara industri terpenting China ialah minyak,besi dan keluli,arang batu,membuat mesin dan tekstil.

GEOGRAFI.

China terletak di timur Asia dan meliputi 3.7 juta batu persegi.Negara ini adalah ketiga terbesar di dunia.Ia merentang dari timur ke barat sepanjang 3,100 batu dan dari utara ke selatan sejauh 4,320 batu.Negara ini mempunyai lebih 5,000 buah pulau.Tibet, penara tertinggi di dunia yang melebihi 13,500 kaki digelar “Bumbung Dunia”. Di wilayah-wilayah selatan ,geografinya berubah secara dramatik dengan cenuram yang luar biasa bentuknya,gaung dan air terjun.Sungai-sungai utama di China memainkan peranan membentuk garisan pinggir laut kerana sungai-sungai itu membawa kelodak ke laut. Satu billion tan kelodak yang di bawa Sungai Huanghe(sungai kuning) setiap tahun menambah 12 batu tanah di sekitar pinggir laut setiap tiga tahun.Sungai Yangtze mempunyai panjang 3,915 batu dan merupakan sungai terpanjang di China dan ketiga terpanjang di dunia.Beijing pula merupakan ibu Negara China dan di tengah-tengah Beijing ialah Medan Tianmen atau “Pintu Keamanan Sejati” merupakan medan perhimpunan awam terbesar di dunia ,medan ini boleh menampung 1 juta orang pada satu-satu masa.

BAHASA.

Bahasa Cina lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika Dinasti Ming, bahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun begitu, barulah ketika zaman Republik China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang nyata dalam memupuk satu bahasa seragam di China.

Pada zaman kuno, bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana. Menjelang abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar kerabat diraja buta huruf[1]. Hanya selepas Gerakan 4 Mei baru bermulanya usaha beralih ke bahasa Cina Vernakular yang membolehkan rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi suatu bahasa lisan.

Walaupun loghat berbeza namun bentuk tulisan semua loghat China adalah sama. Oleh itu, walaupun penduduk utara tidak boleh berkomunikasi dalam satu loghat dengan penduduk selatan namun mereka boleh memahami tulisan masing-masing.

PUTONGHUA (MANDARIN)

Bahasa Cina Lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah .Ketika Dinasti Ming ,bahasa Mandarin baku dinasionalkan dan dijadikan bahasa bersama. Bahasa China lisan berjulat bunyi terhad kerana mempunyai 400bunyi dan 40,000-50,000 perkataan China. Jumlah bunyi yang terhad ini diatasi dengan kepelbagaian nada dan ada empat nada dalam bahasa mandarin iaitu:
Ø Tinggi dan mendatar

Ø Meningkat

Ø Turun dan naik

Ø Rendah dan menurun

Sekiranya satu perkataan dituturkan dalam nada yang berbeza ,ia boleh memberi makna yang berbeza sama sekali seperti:

“Ni yau bing [nada pertama] ma?”-Ada air batu

“Ni yau bing [nada ketiga] ma?”-Ada biskut

“Niyau bing [nada keempat] ma?”-Anda sakit

BAHASA TULISAN

Ada 50,000 kekata dalam China tetap hanya 3,000 sahaja yang biasa digunakan. Huruf-huruf China adalah bentuk bahasa tulisan yang tertua di dunia. Orang China mula meluahkan idea mereka dengan melukis gambar penuh atau kadangkala hanya garis bentuk bagi melambangkan sesuatu idea digunakan.Tulisan ini dikenali sebagai ideograf.

Ada 11 strok asas dalam huruf China dan ditulis berurutan. Jika urutannya tidak tepat , perkataan itu lazimnya hilang bentuk dan imbangannya.Apabila mula belajar menulis, kanak-kanak berlatih berjam-jam seolah-olah menghasilkan titik , sengkang dan strok yang tidak bersambung langsung .Mereka kemudian belajar mentafsir urutan untuk menulis perkataan yang mereka lihat untuk pertama kali. Perkataan paling mudah ada hanya satu strok manakala yang paling rumit 30 strok.

Orang China menghayati tulisan tangan bersungguh-sungguh kerana ia mencerminkan watak dan cara mereka dibesarkan. Lazimnya ,tulisan tangan seseorang menjadi faktor pemutus sama ada surat mereka akan dibaca atau tidak. Golongan terhormat lazimnya mempunyai tulisan tangan yang tersendiri dan diberi keistimewaan menulis di papan tanda dan kepala surat penting.

Dalam perbualan harian ,orang China menggunakan ungkapan China dan penggunaannya dianggap beradap dan bijak.Sesetengah ungkapan mudah dan jelas seperti “melukis ular dan memberinya kaki” (hua she tian) menerangkan seseorang yang telah melengkapkan sesuatu tetapi merosakkannya dengan melakukan lebih dari yang sepatutnya. Cerita di sebalik pepatah ini ialah tentang beberapa orang telah menjumpai sebalang wain yang cukup untuk seorang sahaja.Mereka bersetuju untuk beradu melukis ular diatas tanah.Siapa yang dapat menyiapkan lukisannya dahulu berhak memiliki wain tersebut.Orang yang pertama menyelesaikan lukisannya mempunyai banyak masa sehinggakan dia member kaki kepada kepada ular lukisannya dan dia mengistiharkandirinya pemenang.Orang kedua menghabiskan lukisannya mendakwa walaupun rakannya telah habis dahulu,namun tidak ada ular berkaki,maka dialah yang berhak mendapat wain tersebut.

AGAMA

Agama rakyat China ialah agama turun temurun bangsa China. Ia sebenarnya adalah satu budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi secara lisan.Lebih-lebih lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula mempunyai institusi yang memeliharanya.Oleh itu, ajaran agama ini adalah tidak jelas, dan berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain.Tetapi secara umumnya agama ini mendukung konsep “yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk”.Secara umumnya ,agama rakyat China melibatkan 3 bentuk penyembahan iaitu:

Ø Penyembahan nenek moyang yang merupakan intipati dalam agama rakyat China.Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat china yang memberi nilai yang tinggi kepada sifat “ketaatan kepada ibu bapa”

Ø Penyembahan berhala yang terdiri daripada dewa-dewi ,watak dalam cerita epik,malah tokoh-tokoh sejarah. Adalah dipercayai penyembahan berhala dapat menjamin “keselamatan kehidupan sehari-harian”

Ø Penyembahan datuk tanah iaitu diumpamakan sebagai penunggu dalam masyarakat melayu. Biasanya orang cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai


Masyarakat di China juga terdapat beberapa agama yang dianutinya.Antara agama yang terdapat di China ialah:

TAIOSME

Taiosme mengajar manusia hidup harmoni dengan alam semulajadi. Penganutnya percaya makhluk ghaib,menggunakan jampi dan mentera,bermeditasi dan berdiet sayur-sayuran.Taiosme diasaskan oleh Lao Zi yang namanya bererti “tuan tua”.

CONFUCIANISME

Berkaitan dengan xiao iaitu ketaatan terhadap ibu bapa .Penyembahan nenek moyang menentukan ketaatan ini berterusan selepas kematian ibu bapa.Batu yang diukir dengan nama si mati diletakkan di dalam rumah dan di beri penghargaan terutama pada hari jadi dan ulang tahun kematian.Confucinisme juga menggalakkan minat dalam seni kerana ia boleh merangsang pemikiran.

BUDDHA

Agama Buddha dibawa ke China melalui Laluan Sutera oleh saudagar-saudagar India. Sami-sami China menjelajah ke India dan dan Sri Lanka untuk membawa balik kitab dan sutra Sanskrit dan menterjemahkannya dalam bahasa China.Falsafah Buddha menyerap aspek Taiosme dan Confucianisme.

ISLAM

Agama Islam sampai ke China melalui pedagang Arab dan Parsi di sekiter abad ke-7.Ulama dan mubaligh berkunjung ke China dan mendirikan masjid-masjid.Islam dianuti oleh 10n kumpulan minority ,Uigur,Kazakh dan Tartar menjadi sebahagian masyarakat China.

KRISTIAN

Apabila China membuka pintunya selepas Perang Candu ,mubaligh-mubaligh Proteston dan Roman Katolik tiba. Walaupun para mubaligh Kristian membuka sekolah,universiti dan hospital namun agam Kristian tidak pernah menjadi agama popular di China.

PERAYAAN.

Sejarah Tahun Baru China bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan. Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula. Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.

Pada musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian laut akan menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina. Nama lain bagi perayaan ini ialah 'Perayaan Penyair Patriotik', mengambil sempena bangsawan Cina di masa dahulu Qu Yuan yang hidup di tahun 278 sebelum masihi. Beliau sanggup mengorbankan dirinya sebagai protes terhadap amalan rasuah dalam kerajaan di masa itu.sebelum beliau terjun ke laut unutk membunuh diri, beliau telah menulis dua buah puisi mengkritik kerajaan.Para nelayan cuba menyelamatkannya, tetapi gagal.Kemudian, puisi itu menjadi sumber semangat bagi rakyat menentang kerajaan yang jahat.

Upacara dilakukan oleh masyarakat Cina setiap hari kelima dalam bulan kelima sebagai memperingati Qu Yuan. Nelayan-nelayan akan meletakkan nasi pada bekas buluh supaya naga laut akan menjaga keselamatan 'penyair patriotik' ini dan keselamatan mereka.Terdapat juga sesetengah tempat yang membuat pertandingan bot naga, khusus menghormati semangat laut ini.

KESENIAN

Ø SENI HIAS

Seni hias China mengabdikan alam semulajadi ,musim dan mitos di atas kain, porselin, tembikar dan kraftangan China yang lain. Pada sekitar kurun ke-7, tanah liat putih ditemui di tebing-tebing sungai Kuning atau Yangtze. Ia menghasilkan kepingan porselin putih yang kemudiannya diperhalusi sehingga menjadi senipis kulit telur dan lutcahaya. Barang-barang ini menjadi amat popular di Barat sehingga ia dipanggil “china”, sempena nama asalnya.

Seni ukir juga diperhalusi dan kebanyakannya terhadap zamrud atau gading, barang-barang ini kadangkala terlalu kecil sehingga memerlukan pisau-pisau sekecil cungkil gigi untuk mengukir perincian yang halus.

Ø OPERA

Opera mengisahkan epik sejarah, legenda rakyat, novel klasik dan cerita dongeng. Lagu-lagu dialunkan dalam bahasa China klasik dengan liriknya dipancarkandi sebelah tepi pentas agar penonton boleh mengikuti cerita atau menyanyi bersama-sama. Muzik iringan disediakan oleh sebuah orkestra yang terdiri daripada biola, seruling,loceng kayu, kecapi,dram ,simbal dan gong. Orang China begitu cintakan opera dan lazimnya orang-orang tua berjalan di jalan raya dengan radio transistor yang melekat di telinga kerana khusyuk mendengar opera.

Ada empat peranan utama dalam opera. Sheng(watak utama) ialah seorang yang berumur ataupun seorang wira tentera yang kacak, gagah dan bijak. Dan, watak utama merupakan wanita yang dihormati dan berakhlak mulia ,wanita muda yang pintar, lucu serta menawan srikandi tentera. Jing adalah pelakon lelaki yang mukanya dicat bagi menunjukkan kekuatan atau taraf sosialnya. Chou ialah si badut yang kelucuannya melegakan penonton setelah mengikuti adegan-adegan serius.

Para pelakon akan mewarnakan muka mengikut peranan yang dimainkan. Merah bererti ketaatan dan kejujuran; putih’kelicitan dan pengkhianatan; dan kuning,kemahiran dan kebijaksanaan. Biru dan hijau untuk watak seperti roh jahat yang garang lagi kejam, manakala warna perak dan emas untuk dewata dan pari-pari. Muka wira dan srikandi selalunya berwarna putih dan merah muda dengan mekap mata yang berlebihan. Para penonton tetap dapat mengecam watak menerusi mekap mereka.

Ø SENI KHAT

Orang China memberi perhatian mendalam terhadap seni khat sejak zaman Dinasti Tang hingga Dinasti Qing , tulisan tangan seorang ilmuwan banyak mempengaruhi markahnya dalam peperiksaan perkhidmatan awam.Ada beberapa bentuk seni khat seperti gaya formal beraksara tetap yang bersudut , tanpa bulatan dan sedikit garis-garis lengkung. Alatan untuk seni khat adalah seperti berus, kayu dakwat, batu dan kertas. Benda-benda ini dikenali sebagai empat khazanah seni khat.

Ø LUKISAN

Lukisan China berkisar tentang bentuk manusia , pemandangan, bunga, unggas, haiwan serta ikan dan serangga. Lukisan selalu dihasilkan diatas sutera atau kertas serap yang diperbuat daripada pulpa buluh. Berus tajam digunakan untuk melakar cat yang diperbuat daripada galian dan pigmen tanaman. Strok berus penting kerana ia menentukan tekstur lukisan tersebut . Tulisan khat selalu menyudahi lukisan china. Lukisan China juga dihasilkan untuk penghayatan semangat subjek yang dilukis. Pelukis kadangkala bertafakur sebelum melukis sesuatu imej dengan pantas dan yakin. Ramai pelukis handalan mengkhusus dalam lukisan satu subjek seperti unggas,serangga,udang malahan keldai.

Ø PERALATAN MUZIK

Erhu adalah sejenis biola tanpa tali dan dimainkan dengan busar buluh dan bulu kuda .Erhu lazimnya mempunyai kotak bunyi berbentuk silinder yang diperbuat daripada daripada kayu dan buluh.Kulit biri-biri dan ular diregang pada salah satu permukaannya yang mewujudkan pelbagai mutu bunyi .Sesetengah biola ini diperbuat daripada daripada tempurung kelapa.

Pipa ialah sejenis kecapi dengan empat tali .Ia dipegang tegak dan talinya boleh dipetik dan direnggut.Pipa adalah alatan yang popular di Bandar-bandar sepanjang Sungai Yangtze.Para penghibur dikedai-kedai minum memetik pipa sambil bercerita atau menyanyi.

Guzheng (“ku-zeng”) ialah zither besar dengan 18-21 tali.Ia dimainkan seperti kecapi mendatar dan bunyinya juga serupa.Pada zaman kuno ,bermain guzheng dianggap berstatus dan pandai bermain dianggap berbudaya.

Ø SENI BINA

Bangunan China beratap dan berstruktur tersendiri yang dibina daripada satu siri tiang tegak yang ketinggiannya bertambah dari satu tiang ke satu tiang dan menghasilkan bentuk atap yang unik.Salah satu aspek paling menarik mengenai bangunan-bangunan di China ialah hiasannya yang terperinci.Rasuk lazimnya disapu laker merah dengan lukisan bunga manakala patung-patung haiwan dan manusia duduk diatas jubin yang disepuh.Bangunan-bangunan istana dihias lebih menarik dengan lukisan naga dan bunga-bunga cantik serta tumbuh-tumbuhan menghiasi siling,tiang dan dinding.Pintu istana dicat merah bagi melambangkan nasib baik dan mempunyai barisan Sembilan tatah emas menghiasinya secara menegak dan dan membujur.

Ø SULAMAN

Sulaman dihasilkan dengan penemuan benang sutera .Pakaian,kasut,kipas dan perhiasan rambut dihiasi sulaman.Motif untuk lelaki berbeza dengan motif untuk perempuan . Bunga,kupu-kupudan burung cendrawasih menghiasi pakaian dan perhiasan wanita,manakala naga dan corak padu lagi garang adalah untuk lelaki.Salah satu gaya paling popular ialah sulaman dua belah iaitu imej yang sama atau kadangkala imej berlainan di kedua-dua belah. Jahitan sulaman yang halus akan kelihatan seolah-olah gambar lukisan.

GAYA HIDUP.

Gaya hidup orang china dipengaruhi etika fahaman confucianisme yang mengajar konsep hormat-menghormati dan kasih-mengasihi. Orang china akan berbuat apa sahaja supaya tidak memalukan rakan atau lawan. Mereka tidak akan berkata ‘tidak’ terhadap permintaan atau tidak bersetuju pada lahirnya tentang apa sahaja. Mereka diasuh supaya menyembunyikan perasaan dengan senyuman dan tertawa. Jika seseorang menjawab dengan ‘nanti’ dan selepas itu dia ‘lupa’ ,ini bermaknadia dapat menunaikan permintaan tersebut.

Apabila dua orang berkenalan,mereka mewujudkan guanxi (‘kuang-si’).Mereka berasa bertanggungjawab menolong satu sama lain; seseorang ‘tidak’ kepada kenalannya, tetapi ‘nanti’ atau ‘mungkin’. Orang china adalah tuan rumah yang mengagumkan . Makanan sentiasa disaji walaupun selepas masa makan. Bagi mereka,pinggan kosong bererti tetamu masih lapar dan mereka gagal sebagai tuan rumah.

GELARAN KEPADA AHLI KELUARGA

Setiap ahli isirumah orang china ada gelaran tersendiri kerana keluarga china adalah keluarga luas dengan beberapa generasi tinggal di serumah. Cara orang china bertanya berapa ramai adik-beradik seseorang ialah dengan bertanya berapa ramai abang/kakak atau adiknya. Abang dipanggil ‘gege’(‘keke’) dan adik lelaki ‘didi’(‘titi’).kakak,’’jiejie” dan adik perempuan , ‘meimei” . Beberapa nama diberi kepada setiap datuk dan nenek dan setiap ibu dan bapa saudara.

Diluar batas keluarga,orang China,tidak kira tua atau muda, dikenali dengan nama keluarga. Kerapnya, ‘xiao’(“si-au”, bermakna kecil), digunakan sebagai awalan bagi orang yang lebih muda,dan “lao”(“la-au”, bermakna tua) diletakkan di hadapan nama orang pertengahan umur sebagai tanda hormat kepada usia dan pengalamannya . Panggilan awalan ini hanya digunakan kepada orang yang dikanali sahaja. Dalam panggilan rasmi, nama keluarga diletak sebelum ‘Xiansheng’ beerti encik. Orang perempuan menyimpan nama keluarganya selepas berkahwin, menggantikan “cik” dengan “puan” dibelakang nama keluarga.

PERSEKOLAHAN

Kanak-kanak di china memulakan persekolahan pada usia enam setengah tahun . Di Bandar, mereka bersekolah selama enam hari penuh seminggu,dengan hanya enam minggu cuti dalam musim panas dan empat minggu dalam musim sejuk, dan menduduki empat peperiksaan setahun. Hari sekolah bermula pada pukul lapan pagi, dengan empat waktu belajar setiap satu 50 minit. Ada 10 minit rehat di antara waktu belajar dan 2 jam untuk makan tengah hari. Petang hari digunakan untuk pelajaran selebihnya, kerja rumah, kegiatan luar kurikulum atau membersihkan sekitar sekolah. Hari bersekolah berakhir pada pukul lima atau enam petang.

Setelah belajar enam tahun disekolah rendah, kanak-kanak belajar disekolah menengah . Sekolah menengah dibahagiakan kepada tiga tahun menengah rendah dan tiga tahun menengah atas. Murid-murid mengambil cuti pada musim menanam dan menuai untuk menolong kerja-kerja di lading. Mereka pergi kesekolah yang paling dekat dengan lading mereka dan belajar pendidikan asas. Kadangkala ini bermakna perjalanan dua tiga jam dari subuh untuk sampai ke sekolah pada pukul lapan pagi.

PERANAN UNTUK KERJA.

Unit kerja atau danwei memainkan peranan penting dalam kehidupan orang china .Organisasi ini menjaga mereka dan keluarga dari semasa mereka mula berkerja sehingga meninggal dunia . keseluruhan perbadanan atau beberapa kilang kecil bolah merangkumi satu danwei.Danwei membayar kos perubatan sesebuah keluarga dan member subsidi kepada perbelanjaan harian,perbelanjaan memnas rumah,langganan akbar malah perbelanjaan pengangkutan dan membaiki basikal. Ibu-ibu yang berkerja diberi sedikit wng untuk kebajikan anak-anak mereka dan para perkerja yang lama berkhidmat diberi bonus. Inilah faedah asas yang diberi semua unit kerja meskipun jumlahnya berbeza-beza di antara satu danwei dengan yang lain.

Ada danwei memiliki bangunan rumah pangsa dan beberapa baris rumah agar perkerja dapat tinggal berdekatan di antara satu sama lain dan berdekatan dengan tempat kerja .Rumah-rumah ini diberi sudsidi dengan banyak dan sewanya lebih kurang RM25 sebulan termasuk bekalan utility. Danwei adalah sebahagian kehidupan orang china. Keputusan penting tidak akan dibuat tanpa berunding dengannya . Sepasang kekasih perlu mendapat kelulusan daripada danwei untuk berkahwin . Begitu juga jika suami isteri hendak bercerai,danwei akan cuba mendamaikan mereka.

PERKAHWINAN.

Perkahwinan Cina (pinyin: hūn yīn) secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina.

Perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina.

Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang juga berkait dengan politik.

Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak berkahwin. Mereka dianggap sebagai menghidup seperti haiwan-haiwan yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi tentang penjodohan dan upacara perkahwinan. Sebahagian daripada "misi peradaban" Konfusianisme adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga.

Perkahwinan antara adik-beradik, walaupun dilarang dalam kebudayaan Cina, pernah dilaporkan dalam mitologi Cina yang amat awal. Terdapat sebuah cerita tentang perkahwinan antara Nüwa (perempuan) dan Fu Xi (lelaki) yang merupakan adik-beradik. Ketika itu, dunia masih tidak mempunyai banyak penduduk. Adik beradik itu hendak berkahwin tetapi mereka berasa malu. Oleh itu, mereka ke bukit Kunlun Shan dan berdoa kepada Syurga agar memberikan kebenaran untuk mereka berkahwin. Mereka berkata, "Jika Engkau membenarkan kami berkahwin, sila menyelubungi kami dengan kabus. Supaya dapat melindungi rasa malunya, Nüwa dikatakan melitupi merah mukanya dengan sebuah kipas. Pada hari ini di sesetengah desa di China, pengantin-pengantin perempuan masih mengamalkan adat resam yang menyembunyikan muka mereka dengan sebuah kipas.

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket.


RUMAH ORANG CHINA

Orang china berbangga dengan kerapian rumah dan jarang didapati rumah mereka tidak teratur. Diluar Bandar,rumah-rumah lebih besar. Ianya selalunya mempunyai halaman berpagar,dengan pintu kayu yang membawa ke halaman rumah. Di kiri kanan halaman terletak dapur dan bilik simpanan atau sebuah lagi bilik tidur. Menghadap pintu masuk ialah ruang utama yang terdiri daripada bilik tetamu dan satu dua bilik tidur. Lazimnya ada bilik air didapur dan diruang utama .Tandasnya boleh didapati diluar rumah dan dikongsi dua tiga keluarga .

Walaupun rumah begini ada juga di bandaraya, ia amat sesak kerana kadangkala tiga empat keluarga berkongsi halaman yang sama. Penghuni kota yang lebih bernasib baik tinggal di pangsapuri yang sukar diperolehi. Pengsapuri ini mungkin mengandungi dapur,bilik duduk,bilik tidur dan tandas . Rumah jarang berbilik mandi dan lazimnya satu-satunya sumber bekalan air ialah sink dapur. Kebanyakkan syarikat menyediakan pancuran mandi di tempat perkerja. Ada juga bilik air awam. Ruang tetamu lazimnya sebuah bilik perbagai fungsi untuk merai tetamu, makan dan sebagai bilik tidur tambahan.

PAKAIAN ORANG CHINA

Kebanyakkan orang china berpakaian ala-Barat Orang dewasa memiliki sekurang-kurangnya sehelai sut Mao. Dibuat daripada kain kapas tebal berwarna biru tua, ia adalah sehelai tunik mudah berbutang d hadapannya.

Sut Mao muncul ketika china menjadi republik. Mulanya,ia digunakan sebagai pakaian seragam tentera,kemudian dipakai secara meluas oleh orang awam. Rekabentuknya yang mudah dan kainnya yang tahan lasak menjadikannya pakaian ketika susah kerana apa yang mereka perlukan hanyalah baju yang boleh memanaskan badan dan tahan lama. Wanita juga memakai sut Mao. Sebelum revolusi Budaya, mereka berbaju panjang ketat yang berbelah di tepinya untuk majlis-majlis rasmi.Pakaian ini kemudiannya tidak digalakkan tetapi telah muncul semula.

MAKANAN

Orang china mempunyai gaya memasak yang unik karana kemiskinan mereka. Makanan yang dipotongkecil-kecil masak dengan cepat dan menjimatkan kayu api berharga, manakala rebusan dan pemanasan sup menggunakan api yang sama untuk memanaskan rumah disamping menambah makanan . Kemiskinan juga mendorong orang china menggunakan sebaik mungkin seseekor haiwan ternakan. Terdapat resepi bagi setiap bahagian kecuali bulunya.

KEPERLUAN DAPUR.

Orang China memasak dengan menggunakan tungku yang dinyalakan kayu api diluar Bandar dan gas di Bandar . Ada beberapa alat menarik di dapur mereka, paling popular ialah periuk nasi elektrik. Alat-alat paling penting ialah pisau lebar,kuali,senduk dan kayu sepit.Pisau berat segiempat bermaya lebar sentiasa di asah tajam. Ia boleh menetak tulang,mencincang,menghiris dan mencarik daging dan sayur-sayuran.

BERAS.

Beras sangat penting kepada orang china sehinggalah istilah fan bermakna nasi dan sajian. Banyak ungkapan dikaitkan dengan beras. Pencari nafkah ialah seseorang “meletakkan nasi di atas meja” manakala “memecahkan mangkuk nasi seseorang”bermakna menyebabkan seseorang kehilangan perkerjaan. Orang sakit “tidak dapat makan nasi” dan jika seseorang menjemput “makan nasi”,ini beerti dia menjemput makan bersama-sama.

Beras dihargai sepenuhnya . Setiap butir yang jatuh akan dipungut, dibersihkan dan dimasak . Ibu bapa akan menyuruh anak-anak mereka memakan setiap butir nasi dengan memberitahu bahawa mangkuk yang masih ada sisa nasi bermakna mereka akan berkahwin dengan seseorang berkulit capuk.Fan dimakan dengan cai, istilah umum bagi hidangan yang disertai nasi.

MASAKAN-MASAKAN WILAYAH.

MASAKAN BEIJING

Masakan utara ini menggunakan bawang putih dan cili yang banyak. Lazimnta makanan direndam dalam campuran minyak,cuka,garam dan gula. Nasi tidak berapa banyak dimakan kerana gandum lebih mudah tumbuh dengan cuaca yang lebih kering.makanan ruji disini ialah ban kukus atau lempeng gandum yang dimakan dengan daging dan sayur dimakan sebagai satu hidangan terutamanya pada musim sejuk.

MASAKAN SHANGHAI

Kawasan yang meliputi bahagian bawah delta sungai Yangtze ini dikenali sebagai “Tanah Padi dan Ikan”. Masakannya tertumpu pada hasil dari sungai. Ikan,belut dan udang dikukus atau dimasak dengan kicap atau gula. Satu lagi perasa yang diminati ialah cuka hitam yang digunakan sebagai celupan atau dicampur ke dalam sos. Seperti masakan utara,minyak dan cili digunakan dengan banyak dan kaedah memasak yang ringkas menghasilkan makanan yang terbaik.

MASAKAN SICHUAN

mempunyai makanan paling pedas di china . Kebanyakkan hidangan diselaputi minyak cili merah dan ditabur lada yang pedas dan semerbak baunya. Lada ini mempunyai kesan kebas pada lidah yang boleh menhilangkan segala deria rasa untuk beberapa saat. Oleh sebab ikan susah diperolehi di Sichuan,daging babi,lebu dan terung kerap dimask dalam “sos berperisa ikan” iaitu campuran cuka,pes kacang panas,halia,bawang putih dan daun bawang.

MASAKAN KANTONIS

ini merupakan masakan paling terkenal dilur negeri china Orang kantonis memang cerewet dalam menentukan kesegaran ramuan masakan. Masakan tidak pernah terlebih masak dan bahan perasa jarang dicampur dengan sos pekat atau pedas. Sayuran digoreng perlahan atau dicelur dan dicampur sos tiram.

Orang kantonis juga masyuhr dengan mi telur halusnya yang dimakan dengan sup ladu atau ditaburi dengan daging salai merah. Sup merupakan sebahagian penting masakan kantonis. Kadangkala direbus dengan herba trandisional,sup ini dipanaskan selama berjam-jam di atas bara arang dan sup yang pekat dan enak tersebut diminum sebaghagian daripada jamuan makan malam.

RUJUKAN

Budaya serata dunia,peggy ferroa-quek

Cruciani et al., "Phylogeographic Analysis of Haplogroup E3b (E-M215) Y Chromosomes

Reveals Multiple Migratory Events Within and Out Of Africa", Am J Hum Genet.

2004 May; 74(5): 1014–1022

No comments:

Post a Comment